Skip to main content

Kajian SMK Raja Permaisuri Bainun, Ipoh Perak.



PENGURUSAN SUMBER

DEFINISI
  • Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4(2015)
    • Pngurus ialah mengurus sesuatu yang melibatkan cara mengurus, selok-belok kerja dan tanggungjawab pengurus atau orang yang melaksanakan.
    • Sumber bermaksud asal, mula atau punca. 
    • Dalam Pendidikan , sumber merupakan bahan yang digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Jenis-Jenis Sumber 
  • Bahan Bercetak 
    • Sumber bahan yang meliputi buku, majalah, jurnal, esiklopedia, surat khabar, buku teks dan sebagainya.
    • Sumber pengajaran ini telah diguna pakai oleh guru sejak sekian lama kerana harganya murah dan mudah didapati.
  • Bahan Teknologi Maklumat
    • Dapat membantu meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran.
  • Bahan Maujud
    • Merupakan bahan konkrit atau bahan sebenar yang boleh disentuh dan dipegang.
    • Bahan yang nyata dan ada di sekeliling kita sama ada dalam keadaan hidup atau sudah diawet.
      • Contohnya : Komputer, perkakas sains, alat tulis, bangunan dan sebagainya. 

Dapatan Kajian

  • Pentadbiran
    • Definisi :
      • Menurut Griffiths (1959) dalam buku yang bertajuk Administration Thoery menyatakan bahawa pentadbiran adalah suatu corak tingkahlaku yang didapati dalam semua organisasi manusia. Ia adalah proses yang mengatur dan mengawal sesuatu organisasi sosial  itu.


      • Mengikut  Knezevich (1974), pentadbiran sekolah merupakan suatu proses sosial yang bersangkut paut dengan mengenalpasti, menyelenggarakan, merangsakan, mengawal, dan menyatukan secara formal mahupun tidak formal.
    

      • Secara ringkas, pentadbiran sekolah atau institusi merupakan suatu proses bagi meningkatkan taraf pengajaran dan pembelajaran.

  • Dapatan kajian daripada sekolah yang dikaji iaitu SMK Raja Permaisuri Bainun, Ipoh Perak.
    • Memberi kemudahan yang lengkap untuk kegunaan para guru dan pelajar di sekolah.
      • Sebagai contoh : Meja, kerusi , dan papan tulis.
    • Terdapat kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan serta persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG).
      • Kemudahan ini dapat membantu dalam aktiviti pembelajaran dan pengajaran.
    • Kemudahan yang rosak
      • Sebagainya contoh : sekiranya kemudahan tersebut disengajakan rosak pihak sekolah akan dikenakan denda dengan menggantikan baru atau membayar balik jumlah kerosakkan tersebut.

Kesimpulan
  • Pengurusan sumber ini sangat penting bagi meningkatkan kelancaran dalam pentadbiran sekolah serta membantu dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

Comments

Popular posts from this blog

Nota 1

Pengajian Pendidikan Sosiologi Pendidikan (KPS) Psikologi Pendidikan (KPP) Falsafah Pendidikan (KPF) Pedagogi (KPD) Penilaian dalam Pendidikan (KPN) Teknologi Pendidikan (KPT) Sosiologi Pendidikan Sosiologi merupakan teori yang lahir daripada masyarakat yang menjadi objek dan subjek dalam kajian. 3 teori Utama :     Fungsionalisme  Yang diperkenalkan oleh Auguste Comte, Herbert Spenser dan Emile Durkheim. Teori ini mengikut masyarakat yang berkembang dan stabil berdasarkan peraturan sosial            dan perubahan semasa. Mengkaji perlakuan sosial atau insititusi dalam kegiatan yang menyumbang kepada                    penerusan masyarakat.    Konflik Diperkenalkan oleh Karl Mark. Interaksi sosial yang berdasarkan bentuk pergelutan serta huru-hara  dan kerjasama.   Interaksionalisme   Bagaimana seseorang menginterpretasikan da...

Nota 3

Pengurusan dan Pembelajaran Makna Pengurusan Maksud pengurusan: merupakan suatu proses yang mendapatkan kerjasama kakitangan secara berkesan untuk mencapai matlamat menurut Robbins 1984. Pengurusan juga boleh didefinisikan sebagai aktiviti yang teratur atau sistematik dalam mencari jawapan kepada beberapa soalan khusus yang dikemukkan tentang sesuatu masalah yang sudah dikenalpasti menurut Ahmad Mahdzan 2004. Kaedah Pengurusan Pendekatan dan Kaedah Pengurusan : Berpusatkan pelajar, bahan, guru. Pendekatan dan Kaedah Khusus : Pengurusan bahan pembelajaran, tempat, masa dan pengurusan siapa yang mengajar. Konsep Guru dan Profesional : Guru yang profesional haruslah mampu menguasai dan mengurus 7 jenis pengetahuan antaranya : Pelajar, pedagogi, kurikulum, konten-pedagogi, kandungan mata pelajaran, konteks pendidikan di Malaysia dan tujuan dan falsafah pendidikan di Malaysia. Pengurusan Pembelajaran Dari Pelbagai Aspek Tradisional, Moden, Bar...