Skip to main content

Nota 3

Pengurusan dan Pembelajaran


Makna Pengurusan

  • Maksud pengurusan: merupakan suatu proses yang mendapatkan kerjasama kakitangan secara berkesan untuk mencapai matlamat menurut Robbins 1984.
  • Pengurusan juga boleh didefinisikan sebagai aktiviti yang teratur atau sistematik dalam mencari jawapan kepada beberapa soalan khusus yang dikemukkan tentang sesuatu masalah yang sudah dikenalpasti menurut Ahmad Mahdzan 2004.


Kaedah Pengurusan
  • Pendekatan dan Kaedah Pengurusan :
    • Berpusatkan pelajar, bahan, guru.
  • Pendekatan dan Kaedah Khusus :
    • Pengurusan bahan pembelajaran, tempat, masa dan pengurusan siapa yang mengajar.
  • Konsep Guru dan Profesional :
    • Guru yang profesional haruslah mampu menguasai dan mengurus 7 jenis pengetahuan antaranya :
      • Pelajar, pedagogi, kurikulum, konten-pedagogi, kandungan mata pelajaran, konteks pendidikan di Malaysia dan tujuan dan falsafah pendidikan di Malaysia.


Pengurusan Pembelajaran Dari Pelbagai Aspek
  • Tradisional, Moden, Barat, Islam, Cina, India dan Pembelajaran Sepanjang Hajat.

Pengurusan Sekolah
  • Menurut Sharpee 1989, sekolah merupakan organisasi yang unik dan tidak terdapat pada mana-mana organisasi di dunia.
  • Keunikan ini memerlukan pengurus yang mempunyai pengetahuan dan berkemahiran.
  • Pengurusan organisasi sekolah perlu kreatif dan inovatif bagi membentuk sesebuah sekolah organisasi yang dinamis, pengetahuan baru, budaya saintifik, penyebaran teknologi maklumat dan pembangunan potensi manusia menurut Abd Rashid 2001.

Matlamat Pembelajaran
  • Pendidikan terbahagi kepada dua:
    • Didik : educere > ilmu > Berterusan
    • Latih : educare > kemahiran > terbatas
  • Pendidikan :
    •  Sistem : suatu sistem mengenai perkembangan intelektual, jasmani, kerohanian dan emosi (JERI).~ aristotle : 384 S.M- 322 S.M
    • Proses : merupakan proses dalam membentuk kecenderungan asasi yang berupa kepercayaan dan perasaan terhadap alam sejagat dan sesama manusia. Pendidikan juga adalah suatu proses bagi mengatur dan menambah pengetahuan yang dimiliki suoaya dapat hidup dengan lebih selamat.
    • Penambahan Ilmu : Pendidikan ialah untuk menambahkan ilmu untuk menghampiri diri dengan kesempurnaan fitrah dan memahami daya usaha yang terdapat pada bakat dan watak seseorang.
    • Mendidik : Pendidikan berlaku melalui tunjukajar, latihan dan indoktrinasi.

Prinsip Pengajaran
  • Merancang : perlu mempunyai perancangan mengikut fasa dan turutan seperti :
    • Set Induksi : aktiviti yang ringkas bagi menarik minat dan perhatian.
    • Penyampaian : langkah guru dan pelajar mengikut kesesuian masa, bahan dan aras pencapaian.
    • Penutup :  mengukuhkan isi, penilaian dan rumuskan.
  • Kepelbagaian Teknik : 
    • Memerlukan kreativiti guru, mengekalkan tumpuan pelajar, unsur kepelbagaian dan mengambil kira dalam faktor masa, jumlah pelajar, bahan dan kesukaran.
  • Penglibatan pelajar :
    • Guru perlu mempunyai sifat dua hala, mesra, kondusif dan aktif.
    • Semua pelajar turut terlibat dan tiada yang tersisih
    • Interaksi lebih membina dengan memberi soalan, pandangan, pendapat , masalah dan lain-lain.

Prinsip Pembelajaran
  • Latihan > Kondusif > Bermatlamat > Penglibatan aktif > Persediaan Awal > Mengkaji Murid > Unsur dorongan.

Faktor mempengaruhi kesediaan pelajar
  • Mempunyai kematangan fizikal yang berupaya dari segi kognitif, afaktif dan kemahiran.
  • Mengekalkan perhatian iaitu memberi tumpuan pengajaran guru, tumpuan mendengar dan minat.
  • Memberi dorongan agar pelajar dapat menimbulkan dan mengekalkan minat.

Comments

Popular posts from this blog

Nota 1

Pengajian Pendidikan Sosiologi Pendidikan (KPS) Psikologi Pendidikan (KPP) Falsafah Pendidikan (KPF) Pedagogi (KPD) Penilaian dalam Pendidikan (KPN) Teknologi Pendidikan (KPT) Sosiologi Pendidikan Sosiologi merupakan teori yang lahir daripada masyarakat yang menjadi objek dan subjek dalam kajian. 3 teori Utama :     Fungsionalisme  Yang diperkenalkan oleh Auguste Comte, Herbert Spenser dan Emile Durkheim. Teori ini mengikut masyarakat yang berkembang dan stabil berdasarkan peraturan sosial            dan perubahan semasa. Mengkaji perlakuan sosial atau insititusi dalam kegiatan yang menyumbang kepada                    penerusan masyarakat.    Konflik Diperkenalkan oleh Karl Mark. Interaksi sosial yang berdasarkan bentuk pergelutan serta huru-hara  dan kerjasama.   Interaksionalisme   Bagaimana seseorang menginterpretasikan da...

Kajian SMK Raja Permaisuri Bainun, Ipoh Perak.

PENGURUSAN SUMBER DEFINISI Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4(2015) Pngurus ialah mengurus sesuatu yang melibatkan cara mengurus, selok-belok kerja dan tanggungjawab pengurus atau orang yang melaksanakan. Sumber bermaksud asal, mula atau punca.  Dalam Pendidikan , sumber merupakan bahan yang digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Jenis-Jenis Sumber  Bahan B ercetak  Sumber bahan yang meliputi buku, majalah, jurnal, esiklopedia, surat khabar, buku teks dan sebagainya. Sumber pengajaran ini telah diguna pakai oleh guru sejak sekian lama kerana harganya murah dan mudah didapati. Bahan Teknologi Maklumat Dapat membantu meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran. Bahan Maujud Merupakan bahan konkrit atau bahan sebenar yang boleh disentuh dan dipegang. Bahan yang nyata dan ada di sekeliling kita sama ada dalam keadaan hidup atau sudah diawet. Contohnya : Komputer, perkakas sains, alat tuli...